Setem hasil??!!

rupa2nya ada dua cara utk buat setem hasil ini, so buat ikut keadaan:

pertama:-

boleh beli setem hasil di mana-mana cawangan pejabat pos mengikut kadar yang ditetapakan. contohnya, 2 keping setem hasil rm10 seperti gmbr dibawah

then, tampalkan setem hasil tersebut pada setiap dokumen perjanjian dan utk matikan setem tersebut, bawa dokumen ke mana-mana cawangan pejabat duti setem / lembaga hasil dalam negeri / dimana-mana tempat yang telah ditetapkandidalam perjanjian.

kedua:-

membayar cukai setem sebanyak yang dikehendaki pada setiap satu dokumen di pejabat duti setem / lembaga hasil dalam negeri dengan membawa bersama kesemua set dokumen perjanjian yang telah diisi seperti gmbr dibawah

then, selesai

Advertisements

About rhia

just one ordinary person in this world
This entry was posted in Etc..... Bookmark the permalink.

32 Responses to Setem hasil??!!

  1. yahya bin sidek says:

    bagaimana kalu pihak yang menawarkan pinjaman masih belum lagi turunkan tanda tangan yang tanda tangan hanya pelajar,penjamin dan saksi je.Boleh ke stem hasil dimatikan

  2. dhia says:

    Salam…
    Setem hasil ni ada tarikh luput x dr tarikh pembelian nya?

    • rhia says:

      ada…

      PENALTI (DUTI SETEM)

      Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.
      Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
      RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
      RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
      RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

      Sumber http://www.ciklaili.com/2011/04/pembiayaan-ujrah-1-ptptn-apa-yang.html#ixzz3kdf8LVNJ
      Under Creative Commons License: Attribution
      Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

  3. Val says:

    Saya sudah buat stem hasil cara kedua tu…. Pergi lhdn… Tak perlu matikan lagi mcm cara pertama kan.?? Confuse ckit…

  4. Una says:

    assalam, nak tanya…kalau kita pergi LHDN , cakap nk beli setem..then dia cop setem warna hijau tu… kira tu dh matikan ke ?

  5. SarahFadhilah Omar says:

    As-salam, saya perlu request setem hasil utk rental aggereements documents. Akan bolehkan saya membuat bayaran dengan cek sekiranya jumlah amount suah diketahui.
    Maklumat bayaran kepada siapa?
    Harap dapat membantu

    • rhia says:

      Maaf, saya pun kurang pasti kalau guna cek. Tapi maklumat yang saya dapat adalah seperti berikut :CARA PEMBAYARAN

      Pembayaran duti setem boleh dibuat di mana-mana Pejabat Setem Cawangan LHDNM dan Pusat Khidmat Hasil dengan cara berikut :
      wang tunai;
      Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM500); atau
      Kiriman Wang, Wang Pos, Cek Akaun Anak Guam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan.
      Pembayaran juga boleh dibuat di Pejabat Setem Daerah menggunakan setem hasil sahaja bagi duti yang dikenakan tidak melebihi RM500.00.

  6. shafik says:

    assalam..
    kalau perjanjian dah dibuat pada bulan oktober 2015, bolehkah dokumen tu dimatikan setem? kena denda ke?

  7. NUR SALIMAH BINTI ABDUL RAHIM says:

    kalu setem hasil koyak sikit blh pki x?

  8. imran says:

    kalau beli setem di lembaga hasil dlm negeri sememang sudah dimatikan ke?..xpyah bwak dokumen dan tnggu giliran untuk dimatikan..

  9. abu says:

    Kalau pergi ke lhdn untuk matikan setem tapi setem hasil belum dilekatkan, adakah valid untuk menampal setem ditepi cop mati setem

  10. Shamira says:

    Bagaimana pula, kalau saya dah mati setem perjanjian. Tetapi pegawai tersebut tertinggal satu dokumen salinan yang tidak mati setem ? Adakah saya perlu mati setem untuk satu dokumen salinan tu shj ? Bagaimana pula dengan harga untuk mati setem

  11. rozsaida says:

    Bolehkah wakil majikan yang pergi ke lhdn untuk mematikan setem hasil pada kontarak yang majikan buat. Adakah perlu surat kuasa dari majikan?

  12. ROSMALA BINTI ROSLI says:

    Sya ad buat nilaian tanah,lps tu dh dpt hrga nilai..untuk byr duti setem..tp hrga nya terlalu tinggi..bole ke sy buat pmbtalan untuk duti setem itu? Dan bgaimana carany?

  13. Azral says:

    Setem hasil yang dibeli di pejabat pos ini akan automatik masuk ke kantung kerajaan ke? Pejabat pos kan swasta, jadi dia mengutip hasil belian setem dan menyalurkan jumlah pembelian ini kepada kerajaan sebagai sebahagian cukai? Betul ke?

  14. Aizuddin Hashim says:

    salam. saya ada pg lHDN br ni nak stammping copy offer letter keje tuk referece purpose pihak gomen sb nk apply permit keje.. pastu kt kaunter org tu ckp kena denda skali RM100 sb offer letter da lama..sb offer letter tu 2014. xfhm knp kena denda erk..sb b4 this salah sorg staff saya pg stamping ok je..xdenda pun..elok je bayar RM10.. offer letter dieorg pun tarikh 2014 gak.

    • rhia says:

      Wslm. Sorry, bab denda mendenda ni pon sy x tau pape.
      P/s: sy bkn staf lhdn or ape2 organisasi yg berkaitan dgn setem hasil. Benda2 yang kompleks ni x dapat sy nk tlg. 😉

  15. norazma mukhtar says:

    assalam, saya nak tanya. surat perjanjian kena ada sign pnghulu, penjamin dan saksi, tapi kalau saya pergi matikan setem dulu sebelum ambik sign penghulu boleh tak ? borg mara. tq

  16. Jenny says:

    Can i buy setem hasil at Poslaju outlet? Ths

    • rhia says:

      Setem Hasil. Setem hasil hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia. Terdapat sembilan denominasi Setem Hasil iaitu;
      RM1.00;
      RM5.00;
      RM10.00;
      RM50.00;
      RM100.00; dan
      RM250.00.

      Pembatalan Setem Hasil ke atas surat cara-surat cara boleh dilakukan di Pejabat Setem Cawangan, Pusat Khidmat Hasil dan Pejabat Setem Daerah. Selain itu, Jadual 2, Akta Setem 1949 juga memberi kuasa kepada mana-mana orang tertentu untuk membatalkan Setem Hasil ini.
      Setem Hasil hanya boleh digunakan bagi surat cara yang dikenakan duti tidak melebihi RM500.00 sahaja. Sekiranya duti yang dikenakan adalah melebihi RM500.00, pemohon hendaklah menggunakan kaedah penyeteman sijil STAMPS atau setem tertera yang dinyatakan di atas. Kedua-dua kaedah ini hanya boleh dibuat di Pejabat Setem Cawangan dan Pusat Khidmat Hasil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s